Revon Media
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Revon Media
No Result
View All Result

Mata Kail Coarse Fishing

Mata Kail Coarse Fishing
Share on FacebookShare on Twitter

@Coarse Fishing

TENGKU IZZUDIN TENGKU ISMAIL | izzudin@gmail.com

PILIHAN RISIKO & GANJARAN

Mata kail coarse fishing memang kecil sesuai dengan umpan seperti berenga ini.

Spade end (kiri) dan eyed (kanan).

Kecil tapi power! Pattern untuk teknik Pellet Waggler.

Tubertini Serie 18, mata kail otai yang masih berbisa.

Mata kail Kamasan Animal Barbless sentiasa menjadi pilihan hati!

Kamasan B512. Untuk pancingan feeder jarak jauh.

Jenis besi mata kail yang heavy gauge, untuk ikan besar yang spesifik makan di dasar.

Guru QM1 ini saya suka padankan dengan Hybrid Feeder.

 

Dalam artikel yang ringkas dan padat ini saya ingin membawa anda ke dunia mata kail coarse fishing. Adakah terdapatnya perbezaan ketara pada mata kail yang digunakan dalam coarse fishing?

Bentuk asasnya sudah tentu sama, tetap ada point (jarum), shank (teras), gape (bukaan), barb (duri pandan), eyelet (lubang cincin) dan bend (lengkung), kelainannya hanyalah terletak dalam beberapa perbezaan rekabentuk yang kadang-kadang kita sendiri tidak perasan.

Faktor yang utama yang perlu diambil kita pada rekabentuknya adalah ia perlu efisien dan membantu anda untuk mendapat lebih banyak ikan. Justeru, terdapat beberapa bentuk mata kail yang direka untuk lapangan-lapangan yang spesifik agar para pemancing coarse dapat memaksimakan tangkapan.

Saya bukanlah seorang yang mahir dalam topik mata kail, tapi izinkan saya berkongsi beberapa pattern mata kail yang menjadi pilihan saya, dan mengapa pemancing coarse fishing lain juga memilih satu-satu bentuk yang serupa.

THE ANIMAL!

Yang pertama dan menjadi kegemaran saya adalah buatan Kamasan, model Eyed Animal Barbless saiz 14 terutamanya untuk pancingan pole. Entah mengapa, mata kail yang telah saya gunakan semenjak 1997 lagi setakat ini tidak pernah menghampakan dan telah berjaya mendaratkan pelbagai jenis ikan.

Ketebalan besinya yang sederhana (medium gauge) tetapi kuat, sesuai untuk menyasarkan ikan rapat di dasar atau beberapa inci dari dasar. Saiz dan bentuk ini saya dapati memang ideal untuk mencangkuk sebutir jagung dengan kepanjangan dan gapenya. Tambahan lagi, kerana ia agak ringan maka ikan tidak culas dengannya.

Setakat ini, saya dapat menjinakkan ikan-ikan Bream Abramis brahma bersaiz tapak tangan sehinggalah Rohu bersaiz 5kg+ tanpa sebarang masalah dengan mata kail ini, walaupun kecil, tetapi sangat kuat.

Profilnya yang tidak berduri pandan (barbless) memudahkannya untuk menusuk mulut ikan dan dengan penggunaan elastik pole yang betul, tali akan sentiasa tegang dan sangat jaranglah berlaku insiden mata kail terlucut. Di samping itu, profil barbless memudahkan untuk mengeluarkannya dari mulut ikan.

Akan tetapi, shank atau terasnya sedikit pendek dan jika ikan telah menelan mata kail jenis ini, agak sukar pula untuk mengeluarkannya.

Guru QM1 cukup serasi dengan hybrid feeder, menjadi self hooking rig yang sangat efektif.

 

MERAH MENYALA!

Rekabentuk yang kedua yang sejak kebelakangan ini saya sangat gemari adalah juga dari Kamasan iaitu model B512 terutamanya untuk pancingan feeder dengan swimfeeder tradisional.

Saya mula diperkenalkan dengan pattern ini melalui Bob Nudd, juara dunia individu sebanyak 4 kali. Kalau juara dunia pun menggunakannya, agak sukarlah untuk menidakkan keberkesanannya!

Beza pattern ini pula, ianya ada duri pandan dan jenis spade end (tidak ada cincin), besinya jenis ringan (light gauge) dan berwarna merah pulak tu! Kami menggunakan yang jenis barb kerana ia biasa digunakan untuk pancingan jarak jauh, maka risiko terlucut ikan dapat dikurangkan. Tetapi perlulah strike dengan kuat juga.

Mata kail ini dapat dipadankan dengan umpan yang ringan, jadi bergantung kepada panjang perambut, ia boleh menyasarkan ikan semasa tenggelam bermula 5 kaki dari dasar. Mata light gauge dan spade end mengurangkan kandungan besi dan keberatan bagi tujuan ini.

Mengapa merah? Di Eropah antara umpan yang terbaik adalah red maggots ataupun berenga yang telah diwarnakan merah. Jadi ia dapat mimik umpan yang digunakan.

Antara bentuk baru untuk pancingan feeder dari Guru.

 

Jenis ini adalah kegemaran saya untuk bertanding di Ireland dan saya gunakan saiz 12 atau 10 dengan 3 ekor berenga dipasangkan. Ikan yang bersaiz bawah 1kg tidak ada masalah untuk dijinakkan dan kebiasaannya diguna untuk ikan Roach, Bream, Hybrid dan Perch, manakala untuk perairan kita sangat sesuai untuk Lampam dan Tilapia.

Akan tetapi, akibat adanya duri pandan, kadangkala ia melambatkan sedikit proses mencabut umpan yang kadangkala boleh mengganggu momentum pemancing ketika sedang ‘speed fishing’ semasa perlawanan berlangsung. Walau bagaimanapun, shanknya yang lebih panjang membantu anda memegangnya dengan lebih mudah semasa mencabutnya.

Mata kail alternatif yang saya gunakan selain B512 adalah Tubertini Serie 18 saiz 10-14. Mata kail buatan Itali ini sudah menjadi lagenda bagi menyasarkan ikan Roach yang juga tertarik dengan kilauannya, gapenya yang lebih luas sedikit dan poinnya yang lebih pendek berbanding B512, juga memberikan keyakinan semasa kita ‘swing’ ikan masuk.

HITAM ITU MENAWAN!

Seterusnya pula bagi pancingan feeder moden di perairan komersil, pilihan saya adalah jenama Guru model QM1. Ia jenis eyed (bercincin), berwarna hitam matt, medium heavy gauge, barbless dan berbentuk seolah-olah circle hook. Memang sesuai dipadankan dengan umpan seperti boilie atau wafter dan digunakan bersama method feeder atau hybrid feeder di dasar.

Warna hitamnya pudar serta tidak menyerlah agar tidak menakutkan ikan, dan sangat sesuai untuk menyasarkan ikan jenis Kap. Bentuknya pula akan terus hook-up ikan tanpa perlu anda membuat sentapan pada joran, hanya pastikan tali sentiasa tegang. Jenis ini biasanya barbless kerana kebanyakan kolam pancing di Eropah tidak membenarkan mata kail berduri pandan bagi menjaga ikan mereka.

Saya pernah mencuba bentuk mata kail seperti Kamasan Animal, namun ada ketika juga proses ‘self-hooking’ dengan penggunaan feeder moden tersebut kadangkala kurang berkesan berbanding QM1 ini. Cuma jangan terlalu ghairah ketika hujung joran mula mengetuk dan strike dengan penuh perasaan pula kerana gerenti akan berputih mata kerana ikan akan terlucut!

Rumusannya, setiap pilihan mata kail ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, Cuma terpulang kepada diri anda untuk menilainya mengikut kesesuaian teknik dan jenis ikan. Apakah mata kail kegemaran anda pula ?— @Pancing

Artikel ini adalah pendapat peribadi dari kacamata dan pengalaman penulis. Jom ikuti keterangan lanjut berkenaan Coarse Fishing melalui FB dan IG Malaysian Coarse Fishing Association dan FB Supertackle Malaysia serta langgani video coarse fishing di dalam Bahasa Malaysia di YouTube Supertackle Malaysia. Jumpa lagi di isu hadapan!

Tags: @pancing
Previous Post

Meranduk Banjir Monsun

Next Post

Trip Jenggo Hunter

Live Edition Paper

APR 2021 ePaper

FEB/MAR 2021 ePaper

 

Subscribe for free complimentary live editions:

Recent News

  • Trip Jenggo Hunter
    January 1, 2021
    @Udang Galah AZLAN CHAMPIAN | champianazlan@gmail.com DI NANGA LIPUS KANOWIT […]
  • Pancing Kelah Berau Kalimantan
    January 1, 2021
    @Dunia Kelah Aznir Malik aznir107@gmail.com Pemancing itu sebenarnya seorang […]
  • Meranduk Banjir Monsun
    January 1, 2021
    @Air Tawar Rizal Mohamd Ali | rizal1842@gmail.com Memancing Haruan Di Ladang […]
  • Ketuk-Ketuk Dasar
    January 1, 2021
    @Jigging JOHARI JAMIL | johari_jamil@yahoo.com.my Slow Jigging Spesies Demersal […]
  • Memancing Berbasikal
    January 1, 2021
    @Kayuh & Pancing AFIF ZAINAL | apip.core2@gmail.com Aktiviti Gabungan Hobi […]
Office

Revon Media Sdn Bhd
A-5-1, Block A, Parklane Commercial Hub,
Jalan SS 7/26, SS7, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact

Tel: +603 7886 6091
Fax: +6 03 3358 0303

Copyright © 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd. About Us | Contact Us | Privacy Policy | Terms of use

No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us

© 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist