Revon Media
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Revon Media
No Result
View All Result

Lubuk Pan Borneo

Lubuk Pan Borneo
Share on FacebookShare on Twitter

@Pancingan Bumi Kenyalang

MUHAMAD KHAIROL ARSABPERI | khairolphotography@gmail.com

Sungai di bawah jambatan Lebuhraya Pan Borneo ini ternyata berpotensi untuk mencari Sebarau.

MENYINGKAP LOKASI RAHSIA SEBARAU

Negeri Sarawak yang terkenal dengan lautnya yang luas dan sistem perairan air tawar yang terbesar di Malaysia sudah tentunya dapat menyajikan pelbagai genre pancingan termasuklah bermacam-macam spesies hidupan air. Siri khusus ini mengetengahkan lokasi-lokasi dan teknik-teknik pancingan yang istimewa di Sarawak dan terbuka untuk anda berkongsi pengalaman bersama-sama sahabat-sahabat pembaca yang lain. — Editor

Lebuhraya Pan Borneo merupakan sebuah projek lebuhraya pertama di Sarawak yang menghubungkan semua bandar di Sarawak. Namun, terdapat rahsia yang menarik untuk disingkap di sebalik kerancakkan pembinaan lebuhraya ini, iaitu Lubuk Sebarau Pan Borneo!

Saiz sebegini selalu dinaikkan di Lubuk Sebarau Pan Borneo.

Saya tidak pulang dengan tangan kosong.

Anak Reagan pulang dengan hasil.

 

Siapa sangka di sebalik pembinaan lebuhraya ini, terdapat lubuk ikan Sebarau yang amat mudah diakses iaitu di tepi jalan sahaja. Ikuti kisah kami menjelajah lubuk-lubuk Sebarau ini.

LOKASI YANG UNIK

Kewujudan lubuk Sebarau di laluan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini bukanlah sesuatu yang baru. Sungai-sungai kecil di sekitarnya sememangnya sudah lama wujud, cuma keadaan sekitar yang tebal dengan semak samun menyukarkan pemancing melempar gewang selain bimbangkan faktor keselamatan.

Namun pembinaan lebuhraya ini telah banyak memberi peluang secara tidak sengaja kerana para pekerja pembinaan yang bertindak meluaskan dan membersih kawasan pancingan.

Jadi sekarang kawasan yang dahulunya susah dicapai kini hanya selangkah dari kereta. Akses yang mudah ini menyebabkan ramai caster dari kawasan sekitar gemar berkunjung ke sini kerana berada dekat dengan kawasan bandar iaitu sekitar 10-20 minit perjalanan dengan kereta sahaja.

Asri Armat merupakan salah seorang caster tempatan yang gemar memburu Sebarau di Lebuhraya Pan Borneo.

Awg Zack bergaya dengan hasil tangkapan beliau. Saiz idaman para caster.

Gambar sekitar Lubuk Sebarau Pan Borneo.

 

SET, UMPAN & CUACA

Seperti mana trip-trip lain, saya sentiasa menyediakan gewang dari pelbagai jenis dan aksi. Secara amnya, kami menggunakan set medium dan ke bawah untuk memancing di kawasan ini kerana memudahkan kami untuk membuat lontaran jauh dengan mengimbangi set dan gewang.

Kedalaman air di sini sekitar 2-3meter maksimum, maka memadailah penggunaan 3 jenis gewang iaitu permukaan, selaman cetek (0-1.5m) dan sederhana dalam (1.5-2.5m). Berat gewang biasanya sekitar 10gm ke bawah.

Saya sebenarnya lebih meminati gewang permukaan, namun menurut sahabat saya yang selalu memancing di sini, penggunaan gewang selaman cetek (maksimum 1.5m) amat berkesan untuk memujuk Sebarau di kawasan yang berarus laju.

Hal ini kerana rata-rata Sebarau yang dinaikkan beliau menggunakan gewang tersebut. Berkenaan dengan cuaca pula, ironinya Sebarau di sini tidaklah begitu memilih faktor yang sempurna untuk merentap gewang.

Apa yang penting adalah warna air sungai, air sungai yang keruh akan mengurangkan peluang mendapatkan strike keranaSebarau adalah ikan pemangsa yang bergantung dengan penglihatan untuk memburu mangsanya.

Lau Kahui berjaya menjinakkan Haruan yang dianggap rare di sungai ini.

 

ADA IKAN KE TEPI JALAN NI?

Lokasi lubuk yang terletak di pinggir jalan yang sesak serta kerja-kerja pembinaan yang giat dilakukan menyebabkan ramai orang mengabaikan lubuk ini dan berlalu sahaja tanpa ingin mencubanya.

Namun di sinilah terletak keunikan tempat ini kerana ikan di sini seakan-akan tidak mempedulikan segala bunyi bising dari jentera pembinaan yang berdekatan. Ikan di sini juga masih tidak culas kerana peratusan strike agak tinggi di lubuk ini berbanding di sesetengah kawasan sungai di pedalaman yang pernah saya terjah sebelum ini. Rekod sahabat saya di lubuk ini adalah sekitar 1.5kg dan saiz sekitar 1kg adalah biasa dinaikkan!

Pecutan sang mega berakhir dengan kekecewaan.

 

KHAZANAH ALAM

Pembangunan yang berlaku di mana-mana negeri adalah suatu keperluan, namun kita juga harus sama-sama menjaga kelestarian alam sekitar supaya generasi muda mampu menikmati keseronokan memancing seperti kita.

Ternyata pembinaan lebuhraya Pan Borneo ini bukan sahaja memudahkan rakyat, namun secara tidak langsung membuka lembaran baru dalam aktiviti memancing di sungai-sungai yang terdapat di sepanjang lebuhraya ini!— @Pancing

Asrie Armat dengan Sebarau beliau.

Tags: @pancing
Previous Post

Memancing Berbasikal

Next Post

Hasil Menyelongkar Sangkar Selinsing

Live Edition Paper

APR 2021 ePaper

FEB/MAR 2021 ePaper

 

Subscribe for free complimentary live editions:

Recent News

  • Ketuk-Ketuk Dasar
    January 1, 2021
    @Jigging JOHARI JAMIL | johari_jamil@yahoo.com.my Slow Jigging Spesies Demersal […]
  • Pelbagai Spesies Ikan Dengan Gewang
    January 1, 2021
    @Kolam Bayar Kolam Casting Fish Valley Patin Chao Pharya, ada yang lebih besar […]
  • Hasil Menyelongkar Sangkar Selinsing
    January 1, 2021
    @Air Masin SHAMSUL AZMI AZMAN | nankairell@gmail.com Pancingan Dasar Yang Tidak […]
  • Memancing Berbasikal
    January 1, 2021
    @Kayuh & Pancing AFIF ZAINAL | apip.core2@gmail.com Aktiviti Gabungan Hobi […]
  • Pujukan Lemah Gemalai
    January 1, 2021
    @Air Tawar Mohd Nabil Zulhemay | nabilz@uitm.edu.my Pancingan Pole Si Ikan […]
Office

Revon Media Sdn Bhd
A member of Revongen Corporation
Headquarters
Revongen Corporation Center,
Level 17, Top Glove Tower, No.16,
Persiaran Setia Dagang,Setia Alam,
Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact

Tel: +603 3359 1166
Fax: +6 03 3358 0303

Copyright © 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd. About Us | Contact Us | Privacy Policy | Terms of use

No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us

© 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist