@Udang Galah
AZLAN CHAMPIAN | champianazlan@gmail.com
DI NANGA LIPUS KANOWIT SARAWAK

Hati gembira dengan hasil udang.

Team Jenggo Hunter.

Saiz udang di sungai ini boleh tahan.

Guna banyak set pancing untuk memaksimakan hasil.
Udang Galah merupakan spesies yang ada peminatnya tersendiri. Ini berikutan memancingnya yang ada seninya yang khusus. Team Jenggo Hunter turun memancing udang Galah sambil suka-suka bertanding sesama kami.
Sungai Lipus yang terletak di Daerah Kanowit, Sarawak terletak kira-kira satu jam lebih (60km) dari bandar Sibu. Trip kali ini disertai juga oleh rakan-rakan dari daerah Betong dan Saratok.
7 perahu kayu dilengkapi enjin sangkut 3.5hp disewa di pengkalan. Cuaca kebetulan cukup cantik dengan keadaan air sungai yang tidak terlalu keruh dan keadaan suhu siang hari yang cukup panas, kondisi terbaik untuk mencari si Sepit Biru di kawasan ini.
Kami gunakan umpan universal untuk udang Galah iaitu cacing dan perumpun dengan mata kail saiz kecil dan batu ladung saiz 4 dan 6 bergantung pada kekuatan arus sungai. Penting sekali set udang seorang perlu pakai lebih dari 2 untuk memaksimakan hasil tangkapan
Masing-masing menuju ke lokasi kegemaran untuk mencari udang dan apabila pulang ke jeti petang tersebut semuanya gembira dengan hasil yang lumayan. Udang terberat dipilih sebagai pemenang dengan keputusannya juara Babas Mali (2.95g), kedua Munsang Lo (2.60g) dan ketiga Malik Jauni (2.25g). — @Pancing
Pertanyaan: PASHA 012-426 4440