Revon Media
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Revon Media
No Result
View All Result

Pancing Kelah Berau Kalimantan

Trip Jenggo Hunter
Share on FacebookShare on Twitter

@Dunia Kelah

Aznir Malik

aznir107@gmail.com

Pemancing itu sebenarnya seorang penjelajah. Anda pasti ingin meneroka ke setiap lokasi pancingan biarpun ke hujung dunia sekalipun asalkan berkemampuan dari segi wang ringgit dan masa. Saya juga tidak terkecuali, terutamanya untuk pancingan ikan Kelah!

Sebut sahaja satu sungai yang mengandungi Kelah, saya sudah pun terbayang-bayangkan suasananya. Boleh dikatakan hampir kesemua negeri di tanahair ini sudah saya lawati untuk Kelah termasuk beberapa sungai di Indonesia dan Thailand. Untuk Mahseer pula saya sudah sampai ke Sungai Cauvery (boleh dikatakan rumah kedua saya!) dan Sungai Saryu dan Mahakali di Uttarakhand India.

Namun masih ada lagi senarai sungai yang saya masih belum jejaki seperti hulu Sungai Ayeyarwady di Myanmar dan beberapa sungai di Taiwan untuk Mahseer.

BERAU

Semuanya bermula atas jemputan dari Akashah boss East Borneo Sport Fishing (EBSF) untuk memancing Kelah di Berau Kalimantan Indonesia. Kami berempat dari KL – David, Irhami, Fendi dan saya.

Ia adalah trip pancing layang, namun saya tetap bawa set casting dengan beberapa ketul gewang. “Just in case”, kerana info dari Akashah, selain dari Kelah dan Sebarau saiz monster, ikan Black Bass juga ada di sungai pergunungan ini!

Saya bawa joran layang wt. 9. dan beberapa umpan layang berupa streamer dan “buah ara” diperbuat dari bulu rusa dan foam yang diikat pada mata kail yang kuat kerana bertarung dengan ikan di sungai pergunungan bermaksud kerja yang serius

PERJALANAN

Menyampaikan ke Berau betul-betuk melelahkan, dari KL kami pergi ke Jakarta, tukar kapal terbang untuk ke Balik Papan, kemudian naik satu flight lagi barulah sampai ke Berau.

Besoknya, kami bergerak dengan 4X4, dalam 2 jam baru sampai ke tepi sungai. Di sana sudah menunggu sampan kayu
panjang yang dikemudi oleh penduduk tempatan, Orang Iban (sama kaum dengan di Sarawak).

Kami terus naik ke hulu dan sungai ini saiznya seperti Sungai Tembeling, cuma airnya lebih dalam dan deras lagi. Selepas satu jam barulah kami sampai ke campsite yang selesa diuruskan oleh Pak Wellie. Terus kami mula memancing, namun hujan pula turun petang itu dengan lebatnya. Hujan tidak berhenti hingga air naik dan kami harus membongkar khemah untuk berpindah.

Pagi esok terserlah di hadapan khemah air sungai yang keruh dan deras. Pancing layang terpaksalah dilupakan. Nasib baik Pak Wellie memberikan ansuran, pancingan akan bertambah baik jika kami bergerak ke hulu lagi. Lantas kami berpindah sekali lagi.

Ia mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke kawasan yang airnya jernih. Apabila ditinjau persekitaran, saya mengakui sungai ini memang banyak ikan. Terdapat satu lubuk besar yang didindingi dengan tembok berbatu yang tinggi, Pak Wellie kata, lubuk Black Bass yang tipikal – hati saya terus menjadi tidak keruan!

Campsite dibina mengadap satu lubuk yang besar, petang yang suntuk hanya membenarkan sesi pancingan yang ringkas sahaja. Saya dan Fendi menggunakan sampan naik ke atas dan pulang tanpa hasil, manakala David di campsite berjaya dapat seekor Tarpon air tawar menggunakan umpan layang split tail.

Guide kami pula mencari lauk makan malam menggunakan jala dan saya dapati pelbagai spesies ikan ada di sini dan ada di antaranya tidak dikenali saya.

Kami menghabiskan masa beberapa hari kemudian naik dan turun bahagian sungai ini. Menggunakan sampan kami akan naik ke hulu dan berhanyut turun sambil casting ke sudut-sudut yang dirasakan berpotensi.

Kelah Berau yang perkasa.

MASALAH

Pelbagai perkara berlaku di sini yang kebanyakannya menyebabkan kami berputih mata bila kena ikan saiz kasar seperti cincin seramik joran saya yang pecah ketika melawan dengan ikan, membuatkan saya terpaksa meminjam set lain. Set itu pula terlalu ringan untuk keadaan pancingan di sungai yang extrem ini menyebabkan saya tidak dapat mengawal kejadian benaman 5 ekor ikan yang terus menuju ke reba!

Paling tidak dapat dilupakan apabila seekor Kelah menyambar spoon saya dan terus membalut dirinya ke sebatang kayu dan pada masa yang sama sampan sudah bergerak melepasi kayu tersebut. Merasakan tali bergeser dengan kayu sebelum putus sememangnya meruntun jiwa saya!

Trip ini merupakan mimpi ngeri untuk saya apabila ikan menguji semaksima mungkin kemahiran dan peralatan yang saya gunakan dan setiap kali ia akan berakhir dengan kekecewaan.

Di satu lubuk, guide sudah melihat seekor Kelah besar di bawah pohon yang rendang. Saya terus memasang gewang berwarna oren, tips di sini ialah melempar gewang hingga ia jatuh ke air dan menghasilkan bunyi “plop” seolah buah yang gugur ke air.

Fendi mengorak langkah pertama dengan pancing layang, tidak berjaya. Kemudian barulah giliran saya, jelas kelihatan bayang merah keorenan meluru ke arah gewang, joran lembik itu terus menunduk, drag menjerit dan terus tali menjadi kaku, semua mata tiga menjadi lurus. Saat itu bayangan ‘bangau’ menghantui diri, saya tahu habislah trip ini – kosong Kelah untuk saya!

Sebarau Berau saiz ini yang berjaya saya naikkan, yang saiz kasar semua ‘hancur’ menggenakan saya!

LAIN

Kelah Berau, perangainya sangat berlainan berbanding di Semenanjung. Diet utamanya ikan-ikan kecil dan ketam, lantas cara pemakannannya juga lebih agresif yang memerlukan banyak tenaga ketika mengendap dan menghambur mangsanya. Pak Wellie juga menceritakan bagaimana penduduk kampung menangkap Kelah menggunakan tali (handline) yang kasar dengan umpan ketam dan dilabuhkan di air yang deras!

Tidak banyak tangkapan yang boleh dibanggakan dari kami berempat membuatkan Pak Wellie gundah gulana, beliau meminta izin untuk berikan satu jam casting sekadar menunjukkan tangkapan Kelah Berau – kami merasa sedikit tidak yakin…

Namun, sejam kemudian beliau balik dengan seekor Sebarau baya 3kg dan seekor Kelah baya 4kg!

Keseluruhannya trip ini boleh dikatakan satu tamparan yang hebat bagi kami. Dengan keadaan cuaca yang teruk dan keadaan sungai dan ikannya yang berlainan dari apa yang biasa kami hadapi. Ianya satu pengajaran dan sememangnya ia berbaloi! — @Pancing

Tags: @pancing
Previous Post

The Good, the Bad and the Divine

Next Post

A Must-Have In Malaysia

Live Edition Paper

APR 2021 ePaper

FEB/MAR 2021 ePaper

 

Subscribe for free complimentary live editions:

Recent News

  • Lubuk Pan Borneo
    January 1, 2021
    @Pancingan Bumi Kenyalang MUHAMAD KHAIROL […]
  • Ketuk-Ketuk Dasar
    January 1, 2021
    @Jigging JOHARI JAMIL | johari_jamil@yahoo.com.my Slow Jigging Spesies Demersal […]
  • Pelbagai Spesies Ikan Dengan Gewang
    January 1, 2021
    @Kolam Bayar Kolam Casting Fish Valley Patin Chao Pharya, ada yang lebih besar […]
  • Trip Jenggo Hunter
    January 1, 2021
    @Udang Galah AZLAN CHAMPIAN | champianazlan@gmail.com DI NANGA LIPUS KANOWIT […]
  • Mata Kail Coarse Fishing
    January 1, 2021
    @Coarse Fishing TENGKU IZZUDIN TENGKU ISMAIL | izzudin@gmail.com PILIHAN RISIKO […]
Office

Revon Media Sdn Bhd
A-5-1, Block A, Parklane Commercial Hub,
Jalan SS 7/26, SS7, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact

Tel: +603 7886 6091
Fax: +6 03 3358 0303

Copyright © 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd. About Us | Contact Us | Privacy Policy | Terms of use

No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us

© 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist