Revon Media
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Revon Media
No Result
View All Result

Hasil Menyelongkar Sangkar Selinsing

Hasil Menyelongkar Sangkar Selinsing
Share on FacebookShare on Twitter

@Air Masin

SHAMSUL AZMI AZMAN | nankairell@gmail.com

Pancingan Dasar Yang Tidak Pernah Mengecewakan!

Apabila asyik casting dan jigging, sekali-sekala pasti mahu berbalik ke pancingan dasar. Kawasan sangkar ikan di Selinsing Perak pasti tidak mengecewakan pemancing yang ingin membawa lauk pulang ke rumah!

Kerapu merupakan tangkapan bonus di sini.

Senangin spesies yang berlegar di pertengahan air.

 

Beberapa ketika, kumpulan kami kerap pergi ke kawasan sangkar ikan ini hampir 2-3 kali dalam sebulan. Biasanya kami akan menyewa 3 bot untuk 10-12 orang. Untuk kepuasan kami juga akan memancing selama 2 hari, bagi layan cukup-cukup sampai lelah tarik ikan!

Di sini pelbagai jenis ikan dapat dipancing dengan target utama Jenahak dan ikan Merah. Jika bernasib baik boleh juga dapat Kerapu bagak atau berpesta Senangin jika terjumpa gerombolannya meronda kawasan. Spesies ikan lain yang turut ada seperti Pari, Gerut-gerut, Kurau, Siakap Putih, Siakap Merah, Sembilang dan biasanya Duri.

Kebanyakan ikan-ikan di sini adalah dari lebihan ikan-ikan yang terlepas dari sangkar, mungkin ia melompat keluar sendiri, namun sebab utama pasti akibat sangkar pecah kesan dihentam ribut bagi kebanyakan kes.

Walaupun kawasan ini banyak ikan, namun kejayaan satu-satu trip itu masih tertakluk kepada nasib dan paling utama keadaan cuaca. Mengikut pengalaman saya, kondisi terbaik memancing di sini adalah ketika cuaca yang cantik dengan air yang jernih, lenang dan arus yang sederhana perlahan.

Lokasi pancingan ini berupa sangkar-sangkar ikan yang diusahakan oleh nelayan di sekitar Kuala Gula. Perairan di sini tidak dalam hanya lingkungan 20-30 meter sahaja. Kawasan dasar adalah berpasir dengan teranas, iaitu sedikit berlumpur dengan kehadiran siput-siput dan karang-karang halus.

Lokasi pancingan berdekatan dengan sangkar ikan, jadi setiap pertarungan haruslah ditangani dengan sedikit kekerasan.

Keadaan bot yang kami gunakan.

Ikan Merah saiz idaman!

Jenahak juga menjadi target utama di perairan ini.

Tangkapan sebegini adalah normal jika jumpa lubuk ikan Merah berkumpul. Spesies ikan yang menjadi buruan utama jika turun ke sini!

Ikan Merah saiz sebegini kuat membenam dan biasanya berakhir dengan kekecewaan jika tidak ditangani dengan betul.

TEKNIK

Apabila berada di sini sudah tentu teknik pancingan dasar menjadi pilihan utama. Setakat ini kami amat jarang mencuba penggunaan gewang atau jig kerana hasil dari pancingan dasar sudah tidak menang tangan dan cukup memuaskan.

Lagipun kami memancing dasar berhampiran dengan sangkar-sangkar ikan, justeru kewujudan tali-tali sauh sangkar ikan yang bersimpang siur pasti bakal menjadi lokasi melekatnya mata kail gewang dan jig!

Senangin yang saya dapat menggunakan umpan udang hidup.

Tujuan utama kami juga hanya bersantai dan mencari lauk untuk keluarga, bot juga lebih banyak masa bersauh atau diikat di sangkar bukannya berhanyut seperti ketika casting atau jigging.

PERALATAN

Pancingan dasar berdekatan dengan struktur sangkar ikan ini memerlukan peralatan yang ampuh kerana “kuat lawan kuat” untuk mengelakkan berputih mata. Walaupun ada yang menyarankan penggunaan set pancing heavy duty, namun kumpulan saya lebih selesa menggunakan set pancing kelas sederhana, cuma perambut sahaja kami guna yang berdiameter kasar untuk mengelakkan lelasan terhadap struktur jika ikan membenam ke arahnya.

Rata-rata kami guna joran berkekuatan 10-20lb dengan kekili spinning saiz 3000 ke atas yang diisi dengan mainline braided 30lb ke atas dan perambut pula setengah depa 80lb fluorocarbon. Untuk ladung saiz 4-6 bergantung kepada kekuatan arus dan mata kail saiz 1/0-3/0. Umpan pilihan kami ialah potongan ikan Belanak segar.

Jika umpan udang hidup digunakan, selalunya ia akan dihanyutkan ke bawah sangkar tanpa mengunakan batu ladung. Biasanya ia terbaik untuk menjerat spesies ikan pertengahan air sepertri Kurau, Senangin dan Siakap Putih.

 

Inilah hasilnya jika gerombolan Senangin lalu di kawasan anda melabuhkan umpan!

 

KESIMPULAN

Setelah melakukan banyak kali kunjungan ke sini saya dapati bukan setiap lorong sangkar atau lokasi bot bersauh akan ada ikan. Kadang-kadang kami hanya mampu melihat bot sebelah melayan ikan bertalu-talu sambil kami merenung jauh kekumpauan…

Saya juga dapati kejadian ribut di kawasan ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Jika tekong terasa kehadiran ribut, perkara terbaik dilakukan ialah jangan berdegil dan ikut nasihat tekong, jika dia kata balik, maka cepatlah pulang ke pengkalan sebelum malapetaka pula yang datang.

Akhir sekali, kunci kejayaan satu-satu trip kami di sini juga atas bantuan tekong. Paling penting tekong rajin bertukar-tukar lokasi hinggalah jumpa lubuk ikan berkumpul, barulah bermacam jenis ikan dapat dinaikkan satu persatu tanpa henti hingga penuh tong! — @Pancing

 

Pertanyaan sewa bot & homestay: AZEEM SELINSING 011-2409 9351

 


 

@Produk Info Terbaru

JOHNSON MIN-O-SPIN

Jenama Johnson sememangnya sudah lama tersohor di kalangan pemancing negara terutamanya untuk spinnernya. Kali ini Pure Fishing mempersembahkan JOHNSON MIN-O-SPIN yang versatil untuk kegunaan di pelbagai padang pancing baik di laut, muara, sungai, lombong, tasik dan kolam.

Spesifikasi:

  • Saiz: ½”/1cm, 1”/2.5cm, 1 ¼”/3cm & ¾”/2cm.
  • Berat: 1/24oz, 1/8oz, 1/16oz &1/4oz.
  • Berat: white, chartreuse, fire tiger, hot orange, black silver & black gold.

Pertanyaan: PURE FISHING MALAYSIA 03-7832 3380 / info@my.purefishing.com

 


 

RYOBI RB 7

Kekili menegak berprofil rendah seakan sudah menjadi keperluan bagi kaki-kaki mengilat di tanahair kita. Banyak kekili ditawarkan di pasaran dan antara yang menjadi pilihan utama sekarang adalah yang berkelajuan tinggi kerana pelbagai jenis gewang memerlukan kekili dengan ratio gear sebegitu untuk memainkan aksi yang khusus. Justeru itu Sea Tackle mendatangkan kekili RYOBI RB7 untuk anda. Satu model ditawarkan dengan gear ratio 7.3:1, berat 170g dan gelendungnya boleh memuatkan kapasiti tali 0.235mm – 200m.

Spesifikasi:

  • Waterproof stainless-steel anti-rust bearing
  • Bearing drive with instant anti reverse.
  • Double Brake System.
  • Magnetic brake & friction braking.
  • Quality cold-forged aluminum spool
  • Aramid Fiber Drag System.

Pertanyaan: SEA TACKLE 03-7875 9888 / FB: Sea Tackle Sdn Bhd

 


BERKLEY DEX SPINNERBAIT

Spinnerbait adalah sejenis gewang yang amat sinonim dengan pancingan spesies ikan bak kepala ular seperti Haruan, Bujuk dan Toman. Justeru Pure Fishing membawa masuk BERKLEY DEX SPINNERBAIT. Spinnerbait ini menggunakan 2 bilah besi (blade) untuk aksi kilauan. Menarik mengenai spinnerbait ini, ia menggunakan wayar titanium untuk meningkatkan aksi dan sensitiviti!

Spesifikasi:

  • DEX original blade. 
  • Resin tungsten jighead.
  • Saiz: W: 110mm x H: 170mm x D: 9mm. 
  • Berat: 3/4oz / 21gram.
  • Saiz blade (depan) 3.5 & (belakang) 5.0. 
  • Warna: Pelbagai.
  • Saiz Mata Kail: #4/0.

Pertanyaan: PURE FISHING MALAYSIA 03-7832 3380 / info@my.purefishing.com

 


 

RYOBI ARMOR

Kekili mendatar mempunyai banyak fungsi dalam pancingan seharian. Mengikut saiznya ia boleh digunakan di perairan air tawar dan masin dengan pelbagai jenis ikan target. Sebagai penambahan model-model yang telahpun berada di pasaran,
Sea Tackle mempersembahkan kekili RYOBI ARMOR untuk anda.

Spesifikasi:

  • Lengan rotor bentuk V.
  • Gelendung saiz besar & dalam bentuk V.
  • Binaan dari besi yang diperkuat.
  • Pengayuh jenis CNC skru ke dalam.
  • Tombol pengayuh besi bulat.
  • Lengan pemacu tali tebal.

Saiz 2000 4000 10000
Ratio gear 5.0:1  5.0:1 5.0:1
Drag max. 3kg 6kg 10kg
Berat  275g 320g 605g
Bebola 6 6 6

Pertanyaan: SEA TACKLE 03-7875 9888 / FB: Sea Tackle Sdn Bhd

Tags: @pancing
Previous Post

Lubuk Pan Borneo

Next Post

Pujukan Lemah Gemalai

Live Edition Paper

APR 2021 ePaper

FEB/MAR 2021 ePaper

 

Subscribe for free complimentary live editions:

Recent News

  • Lubuk Pan Borneo
    January 1, 2021
    @Pancingan Bumi Kenyalang MUHAMAD KHAIROL […]
  • Memancing Berbasikal
    January 1, 2021
    @Kayuh & Pancing AFIF ZAINAL | apip.core2@gmail.com Aktiviti Gabungan Hobi […]
  • Trip Jenggo Hunter
    January 1, 2021
    @Udang Galah AZLAN CHAMPIAN | champianazlan@gmail.com DI NANGA LIPUS KANOWIT […]
  • Mata Kail Coarse Fishing
    January 1, 2021
    @Coarse Fishing TENGKU IZZUDIN TENGKU ISMAIL | izzudin@gmail.com PILIHAN RISIKO […]
  • Meranduk Banjir Monsun
    January 1, 2021
    @Air Tawar Rizal Mohamd Ali | rizal1842@gmail.com Memancing Haruan Di Ladang […]
Office

Revon Media Sdn Bhd
A member of Revongen Corporation
Headquarters
Revongen Corporation Center,
Level 17, Top Glove Tower, No.16,
Persiaran Setia Dagang,Setia Alam,
Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact

Tel: +603 3359 1166
Fax: +6 03 3358 0303

Copyright © 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd. About Us | Contact Us | Privacy Policy | Terms of use

No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us

© 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist