Revon Media
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Revon Media
No Result
View All Result

Pelbagai Spesies Ikan Dengan Gewang

Pelbagai Spesies Ikan Dengan Gewang
Share on FacebookShare on Twitter

@Kolam Bayar

Kolam Casting
Fish Valley

Patin Chao Pharya, ada yang lebih besar dari ini!

EDITOR | faizkarim@revonmedia.com

Tongsan Hitam yang membedal gewang.

Tongsan Sisik Kasar yang sudi dengan gewang!

Inilah dia buruan utama pengunjung kolam – Temmy!

PB juga bercampur dengan Temmy di sini.

Suasana di salah satu sudut kolam casting.

Cichlid Belang yang selalu mengganggu gewang.

Kolam Pancing Fish Valley Semenyih Selangor ini sememangnya sudah lama tersohor dengan ikan-ikannya, jualan buah-buahan tempatan dan restoran. Tarikan terbarunya ialah kolam casting!

Haruan juga ada dan saiznya juga boleh tahan.

Jett anak Tauke Lee bersama Temmy yang cantik warnanya.

Kolam yang saya maksudkan ini dahulu adalah kolam yang khusus untuk pancing layang dan mengandungi bermacam jenis ikan. Setelah sekian lama beroperasi ia ditutup sementara dan kini atas inisiatif anak pemilik Fish Valley Tauke Lee, Jett yang telah membuka kembali kolam tersebut hanya untuk aktiviti casting.

Menarik sekali spesies utama yang menjadi buruan di kolam ini ialah ikan Peacock Bass spesies Cichla Temensis yang umum mengelarnya sebagai “Temmy”. Jett telah berusaha mencari dan membeli benih Temensis di merata lokasi dan membiakkannya di satu kolam ternak sebelum dipindahkan ke kolam casting ini. Hanya dalam beberapa bulan, Temmy yang dilepaskan telah membesar ke saiz 50-60cm!

Kolam yang bersaiz lebih kurang separuh padang bola ini mengandungi bermacam jenis ikan selain Temmy seperti PB, Haruan, Tilapia Bunga, Tilapia Merah, Patin Chao Phraya, Lampam, Tongsan Sisik Halus, Tongsan Sisik Hitam, Cichlid Belang, Rohu, Pacu dan pelbagai lagi. Menariknya kesemua spesies ini tadi sudi akan gewang!

INFO

Kolam khusus untuk casting ini hanya dibuka pada jam 7 pagi hingga 7 petang, hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu. Ini bagi mengelakkan ikan menjadi culas akibat tekanan memancing jika ia dibuka setiap hari.

Tiada had larangan terhadap kekuatan set casting yang ingin digunakan, cuma dinasihatkan untuk menggunakan set light tackle sahaja untuk memaksimakan keseronokan bertarung dengan ikan. Setiap ikan wajib dilepaskan kembali kerana ini adalah kolam ‘Catch & Release’.

Setiap mata tiga gewang harus ditukar ke mata tunggal yang telah dibuang duri pandan (barbless). Ini untuk meminimakan kecederaan kepada ikan.

Caj kolam adalah mengikut jam iaitu: 1 jam RM40.00, 2 jam RM60.00 dan 3 jam 80.00.

CUBA

Ketika lawatan saya tempoh hari gewang saiz kecil jenis minnow paling laku untuk semua jenis ikan. Kesemua sudut kolam boleh dicuba tanpa halangan dan boleh kelihatan letupan-letupan ikan pemangsa mengejar anak-anak ikan di permukaan air.

Cara terbaik ialah menjuruskan gewang hanya ke lokasi-lokasi letupan-letupan itu sambil mencuba pelbagai jenis profil gewang hinggalah ikan tersebut sudi. Saya juga diberitahu mood ikan-ikan di dalam kolam ini juga berubah-ubah, ada hari ia inginkan gewang yang dikarau laju dan pada hari lain ia lebih gemar gewang yang dimainkan perlahan.

Apa yang pasti, selain dari ikan-ikan pemangsa seperti Temmy, PB dan Haruan, ikan-ikan spesies lain yang biasanya tidak mengendahkan gewang juga berkemungkinan anda boleh goda dengan gewang terhandal anda! – @Pancing

Pertanyaan: JETT 016-910 5656

Tags: @pancing
Previous Post

Ketuk-Ketuk Dasar

Next Post

Improving access to healthcare

Live Edition Paper

APR 2021 ePaper

FEB/MAR 2021 ePaper

 

Subscribe for free complimentary live editions:

Recent News

  • Pujukan Lemah Gemalai
    January 1, 2021
    @Air Tawar Mohd Nabil Zulhemay | nabilz@uitm.edu.my Pancingan Pole Si Ikan […]
  • Mata Kail Coarse Fishing
    January 1, 2021
    @Coarse Fishing TENGKU IZZUDIN TENGKU ISMAIL | izzudin@gmail.com PILIHAN RISIKO […]
  • Hasil Menyelongkar Sangkar Selinsing
    January 1, 2021
    @Air Masin SHAMSUL AZMI AZMAN | nankairell@gmail.com Pancingan Dasar Yang Tidak […]
  • Ketuk-Ketuk Dasar
    January 1, 2021
    @Jigging JOHARI JAMIL | johari_jamil@yahoo.com.my Slow Jigging Spesies Demersal […]
  • Pancing Kelah Berau Kalimantan
    January 1, 2021
    @Dunia Kelah Aznir Malik aznir107@gmail.com Pemancing itu sebenarnya seorang […]
Office

Revon Media Sdn Bhd
A member of Revongen Corporation
Headquarters
Revongen Corporation Center,
Level 17, Top Glove Tower, No.16,
Persiaran Setia Dagang,Setia Alam,
Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact

Tel: +603 3359 1166
Fax: +6 03 3358 0303

Copyright © 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd. About Us | Contact Us | Privacy Policy | Terms of use

No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us

© 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist