Revon Media
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Revon Media
No Result
View All Result

Ketuk-Ketuk Dasar

Share on FacebookShare on Twitter

@Jigging

JOHARI JAMIL | johari_jamil@yahoo.com.my

Slow Jigging Spesies Demersal Jarak

 

Tekong dan pemilik bot Darkwater, Thomas dengan Kerapunya.

Satu-satunya Aruan Tasik trip ini oleh Shahrul.

 

Ikan Tanda Karang bersaiz besar oleh Amri.

Perairan Pulak Jarak merupakan lokasi yang tidak asing lagi di kalangan pemancing-pemancing yang gemar memburu ikan dari spesies ‘game fish’. Namun ada masanya spesies seperti GT, Kerapu dan Jenahak sudi akan jig yang diketuk rapat ke dasar!

Ikan Merah yang membaham jigsotong Wenzyang saya gunakan.

 

Kerap juga kami menerima tangkapan berganda pada hari pertama trip.

Teknik slow jigging mengetuk dasar sangat sinonim di perairan ini.

Antara kelebihan mengunakan assist hook atas dan bawah jig. 2 ekor Kerapu pada satu jig!

Jenahak terbesar trip berskala 5kg oleh Thomas.

Kerapu terbesar trip dari Kor.

Seekor lagi ikan Merah hasil teknik ketuk-ketuk dasar oleh Jep.

Trip kali ini kami bertujuh bersepakat untuk slow jigging memburu ikan dasar seperti Kerapu dan Jenahak sebagai ikan sasaran. Bagi merealisasikan trip ini kami telah mendapatkan khidmat bot pilihan ramai iaitu Dark Water milik Thomas.

Sesi pancingan kami bermula di Perak Yatch Club, Lumut dimana bot Dark Water berpengkalan. Kebiasaannya perjalanan ke perairan Pulau Jarak menggunakan enjin berkembar 150hp mengambil masa satu setengah jam untuk tiba. Namun, cuaca agak berombak pada pagi hari pertama itu dan kami mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba ke lokasi pertama.

Gerut-Gerut juga gemar menghentam kepingan jig yang dipersembahkan.

SET-UP

Rata-rata set-up joran yang kami gunakan adalah joran PE1-3 berserta kekili dengan tali sulam antara PE2-3 dipadankan dengan perambut fluorocarbon berkekuatan 30-40lb. Kepingan besi slow jig yang menjadi pilihan pula antara 150-250g dari pelbagai jenama, warna dan bentuk.

Lokasi yang menjadi spot slow jigging kami adalah kawasan yang berlubang dan berkarang. Setibanya di lokasi pertama, Thomas tidak mengambil masa lama apabila beliau berjaya mendaratkan dua ekor Jenahak berturut-turut di lubang yang sama.

Tidak lama kemudian kami juga silih berganti mendapatkan tangkapan pada pagi itu. Boleh dikatakan hampir setiap tangkapan yang kami perolehi adalah Kerapu dan Jenahak.

KETUK DASAR

Dari bacaan eco-sounder, kedalaman di setiap lokasi yang diduga adalah sekitar 60-70m dan ada juga yang mencapai 100m. Salah satu cara paling mudah untuk memperolehi tangkapan di perairan ini adalah dengan melakukan teknik mengetuk dasar. Teknik ini terbukti efektif di kawasan berlubang untuk memburu Jenahak dan Kerapu kerana kedua-dua spesies ini gemar berlegar rapat di dasar.

Terdapat 2 cara mudah melakukan teknik ini. Kepingan slow jig perlu dijatuhkan sehingga ke dasar. Sebaik sahaja di dasar, lakukan satu atau dua karauan penuh pada kekili sebelum melepaskan jig kembali ke dasar. Ulangi proses sehingga mendapat sentapan pada jig.

Satu lagi cara adalah dengan hanya mengangkat dan menurunkan joran seperti bermain ‘yo-yo’ tanpa melakukan karauan. Teknik ini mudah dilakukan, cuma anda kena pastikan jig mencecah dasar sebelum mengangkatnya kembali. Paling utama jig yang dikarau atau diangkat perlu sentiasa berada di sekitar radius satu ke tiga kaki dari paras dasar.

SPESIES LAIN

Pada hari tersebut kerap juga kami menerima beberapa kali tangkapan berganda dari spesies Kerapu dan Jenahak. Teknik mengetuk dasar ini turut menghasilkan ikan dari spesies yang lain seperti Cobia, GT, Barracuda, Gerut-Gerut dan beberapa spesies penghuni dasar yang lain. Pengunaan ‘assist hook’ di atas dan bawah jig juga kerap membuahkan hasil tangkapan berganda terutama dari Kerapu.

Kami bertandang di sini selama dua hari dan pada hari kedua cuaca sangat tenang, tidak berangin dan permukaan laut seperti kaca. Mujur juga dalam keadaan yang panas berbahang, terdapat kehadiran arus di dasar yang membuatkan ikan masih aktif pada hari kedua itu. Penyeri trip ini adalah apabila tangkapan Jenahak dan Kerapu terbesar bersama tiga ekor ikan Merah berjaya didaratkan sebelum trip berakhir.

Menariknya tentang lubuk-lubuk di sekitar perairan Pulau Jarak ini ialah hampir kesemuanya masih berpenghuni. Ini menunjukkan perairan ini sangat produktif dan mampu menghasilkan ikan-ikan yang berkualiti.
Jika berhasrat untuk melakukan aktiviti ‘slow jigging’, perairan Pulau Jarak wajib dilawati anda.

Matlamat kami ke sini untuk melakukan aktiviti ‘slow jigging’ dan menyasarkan ikan Jenahak dan Kerapu tercapai. Kejayaan trip ini banyak bergantung pada khidmat cemerlang tekong Thomas! — @Pancing

 

Pertanyaan Bot: THOMAS
DARKWATER 012-326 1150

Homestay: ANGLERS LODGE
017-2007484

Syanid memperolehi tangkapan Jenahak mengunakan set ‘light tackle’.

Tags: @pancing
Previous Post

Eco-biological clock

Next Post

Pelbagai Spesies Ikan Dengan Gewang

Live Edition Paper

APR 2021 ePaper

FEB/MAR 2021 ePaper

 

Subscribe for free complimentary live editions:

Recent News

  • Trip Jenggo Hunter
    January 1, 2021
    @Udang Galah AZLAN CHAMPIAN | champianazlan@gmail.com DI NANGA LIPUS KANOWIT […]
  • Pujukan Lemah Gemalai
    January 1, 2021
    @Air Tawar Mohd Nabil Zulhemay | nabilz@uitm.edu.my Pancingan Pole Si Ikan […]
  • Pancing Kelah Berau Kalimantan
    January 1, 2021
    @Dunia Kelah Aznir Malik aznir107@gmail.com Pemancing itu sebenarnya seorang […]
  • Hasil Menyelongkar Sangkar Selinsing
    January 1, 2021
    @Air Masin SHAMSUL AZMI AZMAN | nankairell@gmail.com Pancingan Dasar Yang Tidak […]
  • Ketuk-Ketuk Dasar
    January 1, 2021
    @Jigging JOHARI JAMIL | johari_jamil@yahoo.com.my Slow Jigging Spesies Demersal […]
Office

Revon Media Sdn Bhd
A member of Revongen Corporation
Headquarters
Revongen Corporation Center,
Level 17, Top Glove Tower, No.16,
Persiaran Setia Dagang,Setia Alam,
Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Contact

Tel: +603 3359 1166
Fax: +6 03 3358 0303

Copyright © 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd. About Us | Contact Us | Privacy Policy | Terms of use

No Result
View All Result
  • Newspaper
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Live Edition
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • Media
    • theHealth
    • @Halal
    • @green
    • @Pancing
    • myHealth
  • About Us
  • Contact Us

© 2021 Revon Media Sdn Bhd. A publication of Revon Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist