• Kerajaan memperuntukan RM 50 juta dalam bajet 2018
Sebelum ini, kadar subsidi hemodialisis kepada pesakit kurang berkemampuan adalah pada kadar RM50 bagi setiap rawatan dialisis. Namun begitu, mulai tahun 2018 kadar ini telah dinaikkan ke RM100 bagi setiap rawatan dialisis sebagaimana yang telah diumumkan di dalam Ucapan Bajet 2018 iaitu 50 juta ringgit (diperuntukkan) untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mulai 2018, pesakit berdaftar hanya membayar RM10 sahaja bagi setiap sesi rawatan.
Sebagai perbandingan, perbelanjaan bagi tahun 2015 hingga 2017 adalah seperti berikut (dengan kadar subsidi RM50 bagi setiap rawatan hemodialisis dan RM18.50 bagi setiap suntikan erythropoietin); Tambahan beliau, pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh mengemukakan permohonan untuk disenaraikan di bawah skim subsidi dialisis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bantuan Subsidi Rawatan Hemodialisis dan Suntikan Erythropoietin diwujudkan untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan yang menjalani rawatan hemodialisis akibat kegagalan buah pinggang kronik di pusat hemodialisis NGO,” katanya.
Permohonan subsidi rawatan hemodialisis adalah melalui pusat pusat dialisis NGO, di mana pegawai pusat dialisis ini akan menyiasat latar belakang pesakit dan menyediakan laporan sosio-ekonomi pesakit.
“Pusat-pusat dialisis NGO akan mengemukakan permohonan subsidi bagi pihak pesakit yang kurang berkemampuan kepada pihak KKM.”
Kos rawatan bagi setiap pesakit Kos rawatan yang dikenakan tidak boleh melebihi RM110 bagi setiap rawatan hemodialisis untuk pesakit pesakit kurang berkemampuan yang diluluskan subsidi hemodialisis oleh KKM iaitu bantuan subsidi hemodialisis adalah sebanyak RM100 manakala pesakit berdaftar hanya membayar RM10 sahaja bagi setiap sesi rawatan.
“Bantuan yang diberi adalah subsidi rawatan hemodialisis dan subsidi suntikan erythropoietin. Subsidi rawatan hemodialisis adalah RM100 bagi setiap sesi dan subsidi suntikan erythropoietin adalah tidak melebihi RM240.50 sebulan.”
Semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan perkhidmatan hemodialisis kecuali Hospital Rajah Charles Brooke Memorial (RCBM) di mana perkhidmatan di Kuching adalah disediakan di Hospital Umum Sarawak.
Di samping itu, perkhidmatan hemodialisis juga disediakan di 13 buah klinik kesihatan kerajaan.
Jumlah unit hemodialisis di negara ini adalah sebanyak 761 buah, di mana 168 buah adalah di sektor awam (KKM, universiti, angkatan tentera), 435 buah di sektor swasta dan 158 buah di bawah NGO. – al-Siha
Datuk Dr. Noor Hisham
Abdullah, Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia.
TAHUN | JUMLAH BANTUAN RAWATAN HEMODIALISIS (RM) | JUMLAH BANTUAN SUNTIKAN ERYTHROPOIETIN (RM) |
2015 | 18,261,454.00 | 4,528,319.50 |
2016 | 18,165,350.00 | 4,572,324.50 |
2017 | 19,166,250.00 | 4,795,680.00 |
Mengikut data Preliminary Report Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2016, sehingga 31 Disember 2016 terdapat 39,711 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di negara ini.
Jumlah ini telah meningkat dari 37,729 pada tahun 2015. Didapati bahawa penyakit diabetes mellitus adalah punca utama penyakit buah pinggang dalam 65 % pesakit yang menjalani rawatan dialisis diikuti oleh 19 % penyakit hipertensi.
Malaysia adalah di tempat ke-9 di dunia bagi incidence rate of treated End-Stage Renal Disease at 261 per million population. Malaysia juga adalah ditempat ke-2 bagi negara yang mempunyai kadar yang tertinggi pesakit baru buah pinggang peringkat akhir di mana punca utama adalah diabetes mellitus iaitu pada 64 % (highest proportions of patients with new End-Stage Renal Disease due to diabetes mellitus at 64 %).
Sebagai perbandingan, Singapura adalah tertinggi pada kadar 66 %.
(Sumber: United States Renal Data System 2015 – International Comparisons).
Pada bulan Jun tahun 2017, bilangan pesakit yang sedang menunggu buah pinggang adalah seramai 21,812 orang sementara sehingga 30 Jun 2018, bilangan tersebut adalah seramai 21,212 orang.
Tiada penurunan ketara terhadap bilangan pesakit di dalam senarai menunggu dan ini adalah berikutan kekurangan penderma buah pinggang pada masa ini.
Sejak tahun 1975 sehingga Jun 2018, jumlah penderma organ dan tisu adalah seramai 652 orang sahaja dan kadar pendermaan seperti ini tidak dapat menampung permintaan yang tinggi untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang. Justeru itu bagi meningkatkan bilangan penderma organ, KKM telah merangka beberapa strategi di dalam pelan strategik kempen kesedaran pendermaan organ.
Enam strategi ini termasuk:
Pada penghujung tahun 2015, hampir 40 ribu orang pesakit sedang menjalani dialisis, dan angka ini menunjukkan penambahan bagi setiap tahun.
Menurut Pakar Buah Pinggang, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr. Rafidah Datuk Abdullah, pesakit dialisis ini terpaksa bergantung kepada dialisis kerana peratusan atau jumlah pesakit yang dapat melakukan pemindahan buah pinggang adalah sangat sedikit.
Tambah beliau, punca utama kepada penambahan ini kerana kekurangan penderma (sama ada penderma hidup atau selepas kematian).
“Masalah ini sangat ketara di Malaysia berbanding dengan negara maju lain sebagai contoh di United Kingdom dimana pesakit dialisis yang telah menjalani pemindahan buah pinggang kebiasaannya tidak menjalani dialisis lebih dari lima tahun.”
Malah, hampir seribu orang di bawah usia 20 tahun sedang menjalani rawatan dialisis dan dianggarkan insiden baharu (anggaran purata setiap juta populasi) adalah 2 (kumpulan 0-2 tahun), 3 (kumpulan 5-9 tahun), 13 (kumpulan 10-14 tahun) dan 26 (kumpulan 15-19 tahun).
Jelas beliau, punca utama masalah buah pinggang berlaku kepada mereka yang berusia bawah 20 tahun kebanyakkannya disebabkan oleh keradangan buah pinggang (glomerulonephritis), iaitu 20 peratus.
“Rawatan yang terbaik dan yang sebenar bagi pesakit yang mengalami komplikasi buah pinggang adalah dengan menjalani pemindahan buah pinggang,” jelas Dr. Rafidah.
“Sekiranya seseorang memerlukan rawatan dialisis seumur hidup dan terus bergantung kepada dialisis sahaja, satu persatu komplikasi akan timbul dan jangka hayat adalah kurang dibandingkan dengan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang.”
“Jika dialisis diperlukan, adalah dinasihatkan peritoneal dialisis (dipanggil cuci air) dijadikan pilihan dialisis yang pertama. Ianya banyak kesan positif, terutamanya dari segi kualiti hidup, ianya lebih “lembut” untuk disesuaikan dengan keadaan badan, jika dibandingkan dengan kaedah Haemodialisis.”
Dialisis adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit kronik buah pinggang. Dialisis bersifat sementara dan mempunyai terlampau banyak kesan sampingan pada jangkamasa panjang. Untuk dialisis pertama, adalah digalakkan menjalani rawatan peritoneal dialisis (CAPD). – al-Siha
Dr. Rafidah Datuk Abdullah,
Tidak ada kajian didalam keberkesanan kaedah ini. Pesakit dialisis memang perlu kawalan air dan pengambilan makanan yang ketat dan perlu megelakkan lebihan air dalam badan. Jika lebihan air, ianya berisiko tinggi termasuk masalah jantung, paru-paru penuh air (pulmonary oedema), entiti yang boleh membawa maut.
Transplantasi adalah pemindahan buah pinggang daripada penderma hidup atau penderma yang telah meninggal dunia (kematian otak).
Buah pinggang yang baru inilah yang akan berfungsi. Kebiasaannya hanya satu buah pinggang yang akan transplan kepada pesakit. Ianya melalui pembedahan dan kebiasaannya diletakkan di bahagian bawah perut (iliac fossa). Buah pinggang pesakit yang lama tidak akan berfungsi balik.
Dialisis tidak menghalang pesakit bekerja, malah ianya digalakkan. Pesakit-pesakit digalakkan supaya terus aktif dan terus menjalani kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, penyakit dialisis banyak komplikasi yang mungkin membuat pesakit berasa lemah dan tidak mampu aktif seperti biasa.
Dari segi ini, kumpulan pesakit yang membuat pemindahan buah pinggang adalah jauh lebih baik kerana jika pemindahan berjaya, mereka tidak perlu bergantung kepada dialisis lagi.
Ada dua entiti kegagalan buah pinggang iaitu kronik dan akut. Jika kronik, ada 5 tahap.
Kebiasaannya apabila sudah kronik di tahap 5, doktor akan menyarankan penyediaan rawatan dialisis – tapak (fistula) untuk persediaan Haemodialisis dan tiub di bahagian perut (Tenckhoff) untuk persediaan Peritoneal Dialisis.
Doktor tidak akan melihat bacaan “creatinine” secara “one-off”, disebaliknya melihat “trend” dan memerlukan pemeriksaan fizikal. Tidak mungkin doktor dapat memberikan pendapat tanpa melihat kesemua tersebut. Seseorang pesakit dan keluarga perlu berbincang secara terperinci dengan doktor masing-masing.
Rawatan akan bermasalah sekiranya pesakit datang ke hospital tanpa persediaan dan dalam keadaan tenat. Di saat ini, agak sukar untuk tahu sama ada buah pinggang sudah rosak teruk dan memerlukan rawatan seumur hidup atau dialisis boleh diberhentikan (kerana ada elemen akut yang mungkin boleh pulih dengan sendiri atau dengan rawatan yang diberikan).
Jadi, doktor akan bincang secara terperinci pelbagai kemungkinan. Eloklah sekiranya pesakit mengikut nasihat doktor yang merawat.
Apabila pesakit datang dalam keadaan tenat dan memerlukan dialisis secara kecemasan, tiub (IJC- Internal Jugular Catheter) di bahagian leher perlu dipasang secepat mungkin untuk tujuan dialisis.
Tiub ini sangat berisiko tinggi terutamanya dari segi jangkitan kuman. Oleh kerana itu, jika doktor sarankan untuk persediaan rawatan dialisis seumur hidup (contohnya tapak), eloklah dilakukan dengan secepat mungkin.
Diasaskan pada tahun 1969, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) sentiasa meletakkan kebajikan pesakit sebagai misi utama mereka termasuk usaha memastikan kesejahteraan fizikal, emosi, psikologi, sosial dan kewangan pesakit sentiasa terpelihara melalui pelbagai program yang dikendalikan.
Menurut Pengurus Kebajikan NKF, Lai Poh Guat, NKF membantu pesakit yang berpendapatan kasar per kapita kurang daripada RM1,500 setiap seorang, dengan pertimbangan faktor lain.
“NKF bersedia memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan. Ramai pesakit yang mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk melakukan rawatan buah pinggang. Jadi, pihak kami memberi pertolongan kepada mereka mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.
“Pertimbangan pertolongan pula akan diberikan berdasarkan faktor tertentu seperti jumlah bilangan anak ataupun tanggungan yang tinggal bersama dan secara berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga dan ahli keluarga, tahap sokongan daripada ahli keluarga dan sumber pendapatan, keadaan rumah dan kelengkapan rumah, kereta, hartanah, perniagaan dan bukti status kewangan dan perbelanjaan harian pemohon dan anggota keluarga. Undang-undang ini dilakukan untuk mengelakkan dari berlaku kes penipuan yang boleh menjejaskan imej dan intergriti NKF,” jelasnya.
Peruntukan
Pemohon yang telah diluluskan kemasukan ke NKF perlu membayar sebanyak RM90 bagi satu rawatan dialisis dan NKF akan membantu pesakit yang layak untuk memohon subsidi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjumlah RM 50 bagi satu rawatan.
Di NKF, pesakit hanya perlu membayar RM40 sahaja untuk satu rawatan dialisis, di mana RM50 diperoleh subsidi KK M, dan selebihnya berjumlah RM60 ditanggung oleh NKF melalui usaha mengumpul dana.
SUBSIDI UNTUK PESAKIT NKF
• Dana kebajikan pesakit dialisis
Di bawah dana ini, pesakit dibantu dengan RM50 bagi setiap rawatan dialisis untuk tempoh 5 bulan sementara menunggu kelulusan subsidi RM50 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, dan mereka hanya membayar RM40 bagi setiap rawatan.
• Status miskin ketara
Ini adalah subsidi penuh untuk pesakit NKF yang amat miskin dan tidak mampu membayar yuran dialisis kerana masalah pengangguran, kekurangan sokongan daripada ahli keluarga, pengabaian dan kemiskinan.
Laporan sosio-ekonomi pesakit daripada Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Kebajikan Masyarakat Daerah adalah diperlukan untuk memastikan status kewangan mereka. Kadar bantuan ialah RM90 bagi setiap rawatan dialisis sebelum kelulusan subsidi KKM dan RM40 selepas kelulusan subsidi KKM.
• Dana kebajikan pesakit
Subsidi sebanyak RM30 bagi satu rawatan dialisis adalah untuk pesakit miskin yang menghadapi kesukaran membayar yuran rawatan walaupun selepas kelulusan subsidi KKM. Subsidi ini telah dinaikkan kepada RM30 bagi satu rawatan dialisis mulai 1 April 2015, dan pesakit yang menerima dana ini hanya membayar RM10.
• Dana ‘Erythropoietin’
Dana ini adalah untuk membantu pesakit miskin yang mengalami anemia untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan, berdasarkan preskripsi pakar perunding nefrologi NKF.
• Subsidi pengangkutan pesakit
Kos pengangkutan yang tinggi membebankan pesakit dan keluarga untuk ke pusat dialisis dan balik tiga kali seminggu, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan terpinggir yang tiada atau kurang pengangkutan awam. Subsidi ini adalah untuk memastikan pesakit miskin menghadiri setiap sesi rawatan dialisis.
• Subsisdi akses pesakit vascular
Subsidi ini adalah untuk membantu pesakit miskin yang menjalani pembedahan bagi mewujudkan kateter vascular (permcath), fistula arteriovenous (AVF), graft arteriovenous (AVG) dan pembaikan AVF atau AVG di hospital, pusat, klinik kerajaan atau swasta mengikut syor pakar perunding nefrologi NKF.
• Subsidi bantuan pesakit
Subsidi ini adalah untuk membantu pesakit miskin yang mengalami banyak masalah kesihatan dan masalah lain seperti membeli pelbagai supplemen kesihatan tambahan yang mereka perlukan tetap tidak mampu membeli, termasuk Oral Nutrition Support seperti Renal Nova (Nestle) atau Nepro HP (Abbot). Dana ini juga boleh digunakan untuk pembayaran yuran ambulans, rawatan, pembedahan, dan kecemasan perubatan dan sosial lain.
• Dana bantuan pendidikan kanak-kanak
Pelbagai organisasi membantu NKF menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan pendidikan anak pesakit miskin yang bersekolah pada akhir setiap tahun sebagai persediaan untuk menghadapi tahun akademik baru. –al-Siha
Cara memohon
“NKF membantu pesakit yang berpendapatan kasar per kapita kurang daripada RM1,500 setiap seorang, dengan pertimbangan faktor lain.” – Lai Poh Guat