Adakah onani punca mati pucuk ?

ERECTILE Dysfunction (ED) ataupun mati pucuk ialah keadaan di mana zakar tidak mendapat ereksi yang secukupnya untuk menjalankan hubungan kelamin yang normal dan memuaskan. Lazimnya, ED merupakan keadaan di mana seseorang lelaki itu tidak dapat mengalami ereksi dalam jangka masa 6 bulan.

Menurut , Pakar Urologi & Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Dato’ Dr. Sahabudin bin Raja Ahmad antara faktor yang menyumbang kepada masalah ED ini adalah sepert usia yang matang (meningkat) serta penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Harus diingat, selain daripada faktor penyakit kronik, gangguan psikologi seperti tekanan, trauma dan ubat-ubatan tertentu misalnya ubat darah tinggi juga merupakan penyebab terjadinya ED. Perkara yang penting adalah sentiasa peka dengan kesihatan anda dan jalani kehidupan yang sihat”.

RAWATAN 

ED boleh dirawat dengan cara ubat-ubatan, Erect–Aid iaitu sejenis pam vakum, suntikan prostaglandin dan dengan memasang ataupun menggunakan prosthesis.

BAGAIMANA PULA DENGAN AKTIVITI ONANI? 

Jelas beliau, kegiatan onani tidak menyebabkan mati pucuk, tetapi kegiatan onani ataupun melancap itu sendiri mendatangkan kesan lain kepada individu.

KESAN ONANI: 

  • Melemahkan zakar. Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut.
  • Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks. Ini menyebabkan si isteri tidak puas dan tidak mencapai nikmat klimaks.
  • Menyebabkan lemah daya fikir dan daya ingatan. Perkara ini menyebabkan kita sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara.
  • Menyebabkan keletihan kerana proses pancutan air mani melibatkan proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pengamal onani kelihatan kurus kering.

Dato’ Dr. Sahabudin bin Raja Ahmad, Pakar
Urologi & Pembedahan Robotik, Pusat
Perubatan Prince Court.

 


  • Kajian menunjukkan 4 daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk ketika berusia 40 tahun 

  • Keadaan ini bakal menjadi lebih teruk dengan peningkatan umur 


ONANI BAHAYA SEKIRANYA: 

  • Ia dilakukan dengan agresif sehingga boleh mencederakan diri anda.
  • Ia dilakukan terlalu kerap sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi
  • Seorang menggunakan berbagai jenis bahan, contohnya kain yang kasar untuk memberikan lebih rangsangan kepada bahagian kemaluan sehinggga menyebabkan luka di bahagian kemaluan.
  • Seorang remaja lelaki mendapati dirinya mudah menjadi penat dan tiada tenaga untuk bangun pagi ke sekolah. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kenapa? Ini kerana dia menghabiskan waktu malam dengan melancap dan asyik memikirkan tentang perkara ini. Dia juga risau ahli keluarga dan rakan-rakan akan mengetahui bahawa dia melakukan perkara ini. Dia juga malu dan bersalah kerana melakukan perbuatan yang dilarang.
  • Tingkah laku melancap jika tidak dirawat akan menyebabkan kecelaruan emosi dan pelaku merasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.
  • Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi.

 

Subscribe