Rawatan estetik yang efektif di Clique Clinic

PERNAH memenangi anugerah antarabangsa, Clique Clinic yang terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya ini menyediakan rawatan estetik dengan peralatan perubatan yang serba canggih.

Memiliki kepelbagaian dalam rawatan estetik menjadikan Clique Clinic sebagai pemacu kepada rawatan jenis estetik di Asia.Antara rawatan yang terdapat disini adalah CoolSculpting, Belotero, Pengisi Dermal, Radiesse Plus, Ultherapy, Ellansé, Silhouette Soft , Syl rm dan PICO Genesis laser kulit.

Clique Clinic menawarkan tiga rawatan utama iaitu perubatan estetik, perubatan regeneratif dan juga penjagaan kesihatan primer yang lengkap dengan kemudahan perubatan moden bersepadu kearah visi perubatan futuristik.

Clique Clinic menggabungkan estetika dan sains untuk membantu pelanggan bukan sekadar untuk tampil cantik luaran semata, tetapi turut menekankan penjagaan kesihatan dalaman secara keseluruhan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Clique Clinic telah berkembang dari hanya sebuah klinik perubatan am kepada rawatan estetik, makmal dan tapak latihan atau perbincangan yang berfungsi sebagai sebuah pusat perubatan yang serba moden dan lengkap selaras dengan keperluan masa kini.

Berkonsepkan zen moden, setiap ruang pastinya menggamit keselesaan pelanggan saat bertandang.

“Kami mementingkan keselesaan pelanggan, dengan memberikan suasana seolah-olah mereka berada di kediaman sendiri. Jadi mereka akan lebih tenang dalam usaha untuk kembali pulih sebaiknya”, kata Josh Chua, Pengarah Clique Clinic.

Clique Clinic juga menawarkan kemudahan kelengkapan yang terperinci selaras dengan kehendak dan keperluan semua peringkat umur dengan menekankan kepada kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala. CliqueClinic dibukapadaIsninhinggaSabtu,bermulajam 10 pagi hingga 7 petang. – al-Siha

Subscribe